AKU HIV POSITIF?

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca. Maaf kiranya blog ini sudah agak usang kerana langsung tiada update dari empunya blog sejak 2012.. Huhu (Ya, aku hidup lagi la). Dah agak lama tak jenguk blog ni dan ada beberapa komen dan juga email yang meminta pandangan aku tentang situasi “HIV” mereka.

Pertama sekali, aku ingin maklumkan kepada semua, aku bukanlah seorang doktor, aku menerima pengetahuan serba sedikit mengenai HIV hanya selepas aku bergelar PLHIV, itupun dari hasil perkongsian rakan-rakan serta doktor yang merawat aku. Sebelum itu saya juga sama seperti anda, tertanya-tanya apa itu HIV, bagaimana HIV boleh berjangkit dan banyak persoalan lain. Maaf la ye kepada sesiapa yg aku tak layan tu, bukannya taknak balas tapi taktau nak balas macam mana, pelik sangat soalan yang korang bagi.. ahli nujum je yg boleh jawab. Huhuhu… Jangan marah… Sedikit sebanyak info mengenai HIV telah aku ada post dalam entri yang sebelum ini.. sila klik sini —>> Apa itu HIV

Beberapa tahun lalu, melalui blog ini aku mengenali seseorang yang ingin meminta pendapat dari aku mengenai dirinya. Menurutnya, dia pernah melanggan seorang pekerja seks dan dia amat yakin bahawa dirinya telah dijangkiti virus HIV tetapi terlalu takut untuk membuat ujian saringan HIV, takut jika keputusan ujian tersebut adalah positif. Berbulan-bulan lamanya dia memendam perasaan, tidur tidak pernah lena. Dia terlalu yakin bahawa dirinya telah dijangkiti HIV berdasarkan “simptom-simptom” yang ada padanya, menurutnya adalah simptom pesakit HIV. Kemudian aku bawa dia ke Path Lab untuk membuat ujian saringan HIV dan tau tak apa keputusan ujian? NEGATIF. Selepas tiga bulan, ujian kedua juga NEGATIF. Jadi berbaloi tak beliau menjadi resah gelisah selama berbulan-bulan lamanya memikirkan sesuatu yang sebenarnya salah? Pastinya tidak.

Jadi kalau korang semua rasa pernah melakukan aktiviti-aktiviti berisiko, tak ada cara lain untuk mengetahui status HIV korang selain ujian saringan HIV. Jangan salah tafsir antara ujian darah (medical checkup) dengan ujian saringan HIV, kedua-duanya berbeza. Untuk pengetahuan semua, kalau ujian saringan HIV perlu tandatangan dari tuan empunya badan, dalam kertas persetujuan yang ditandatangani tu perlu ada tertulis “UJIAN SARINGAN HIV”. Ujian darah biasa takkan periksa HIV dalam tubuh kita. Tak perlu takut untuk buat ujian saringan. Kalau keputusan negatif, Alhamdulillah tak perlu fikir banyak-banyak lagi, jauhi aktiviti-aktiviti berisiko. Kalau doktor minta buat ujian saringan susulan, buat je.. Tak perlu google tentang simptom simptom hiv aids la apa la..dalam internet ni terlalu banyak info pasal HIV, ada yang betul dan ada juga yang salah tak perlu percaya sangat sebab itu akan memburukkan lagi keadaan. Kalau keputusan ujian positif pulak, pun Alhamdulillah..ikut nasihat doktor, ambil rawatan susulan dan masih boleh hidup macam biasa (macam aku ni ha, sihat je..bertambah hensem lak tu..haha). Tapi satu je, pastikan dapat bimbingan dari orang-orang yang arif tentang HIV.. ada banyak NGO kat malaysia ni yang terlibat secara langsung memberi bimbingan kepada rakyat Malaysia tentang HIV. Boleh google tentang PT Foundation dan Pertubuhan Positive Warrior Malaysia.

Apa akan terjadi kalau seseorang yang telah dijangkiti HIV tak pernah langsung membuat ujian saringan dan tak pernah tahu tentang status HIV beliau? Mengikut kajian, seseorang yang telah dijangkiti HIV akan mengambil masa dalam 5 hingga 7 tahun untuk mengalami AIDS.. Haa AIDS tu apaa? Klik kat link “Apa itu HIV” yang aku bagi kat atas tu semua dah explain kat situ. Sekali lagi aku bagi nasihat, TAK PERLU TAKUT untuk buat ujian saringan. Ketahui status HIV anda.

Sekian saja dari aku, moga-moga aku ada kesempatan untuk menulis lagi.. Inshaa Allah kalau ada masa.

Apa itu HIV?

1. HIV ialah akronim kepada Human Immunodeficiency Virus. Ianya virus yang menyerang sistem pertahanan badan yang membuatkan mereka yang dijangkiti HIV menjadi lemah dan mudah terdedah kepadapelbagai penyakit.

Pembawa HIV dipanggil People Living with HIV (PLHIV). Apabila mereka dijangkiti penyakit-penyakit tertentu maka mereka dipanggil mengidap AIDS.

AIDS pula adalah akronim kepada Acquired Immunodeficiency Syndrome.

AIDS sering disalahfaham sebagai satu penyakit. Hakikatnya TIDAK kerana AIDS merujuk kepada sekumpulan penyakit yang biasa dihidapi oleh pembawa HIV. Ianya dinamakan Jangkitan Opportunistik (JO).

JO merupakan jangkitan yang “mengambil kesempatan” kerana kelemahan sistem daya tahan badan. Ada lebih kurang 30 JO yang diklasifikasikan sebagai AIDS.

JO hanyalah merupakan penyakit biasa yang mungkin dihidapi oleh sesiapa sahaja tetapi kerana mereka bukan pembawa HIV maka mereka tidak dipanggil pesakit AIDS.

Contohnya penyakit TB. Jika bukan pembawa HIV, mereka dipanggil pesakit TB tetapi jika pembawa HIV, mereka dikatakan mengidap AIDS.

2. Setakat ini HIV/AIDS memang tiada penawar (sembuh sepenuhnya) tetapi ianya boleh dirawat sama seperti penyakit-penyakit kronik yang lain seperti pesakit jantung, darah tinggi dan kencing manis.

Melalui rawatan yang betul, penjagaan kesihatan dan pemakanan yang berkhasiat, seseorang pembawa HIV mampu hidup lama dan sihat seperti insan lain tanpa apa-apa masalah. Boleh dikatakan AIDS dapat dielakkan jika pembawa HIV mendapatkan rawatan awal.

3. Rawatan HIV terbahagi kepada dua iaitu rawatan Counseling dan Pharmacology. Secara umum, rawatan utama Pharmacology adalah HAART.

4. HAART adalah Highly Active Anti-Retroviral Therapy iaitu ubat antiretroviral yang menghalang virus-virus baru terbentuk dan membantu sistem imuniti berfungsi secara normal di dalam badan pembawa HIV/ AIDS.

Disebabkan HAART adalah kombinasi dadah kartel, ianya memberikan risiko kepada pembawa HIV untuk menghadapi kesan sampingan. Oleh itu makanan berkhasiat akan membantu mengurangkan kesan buruk dadah tersebut di samping meningkatkan kebolehan tubuh menyerap ubat-ubatan. Makanan berkalori tinggi seperti protien, karbohidrat dan senaman sangat membantu.

5. Punca jangkitan HIV disebabkan kerana individu gagal mengambil langkah-langkah pencegahan semasa melakukan aktiviti berisiko. Contohnya tidak menggunakan kondom semasa melakukan hubungan seks dan berkongsi jarum suntikan yang tercemar dengan darah HIV.

Sekalipun seseorang individu aktif melakukan hubungan seks berbilang pasangan tetapi masih mengamalkan seks yang selamat, beliau tidak akan dijangkiti. Begitu juga sekiranya mereka menyuntik dadah (IDU) tetapi tidak berkongsi jarum suntikan, anda tidak akan dijangkiti.

HIV juga tidak akan berjangkit melalui dadah jenis sedutan seperti ganja, pills seperti ecstasy dan lain-lain pills psychotropic dan cecair seperti ubat batuk.

6. Punca jangkitan HIV hanyalah melalui:

6.1 Perhubungan seks tanpa kondom dengan orang yang telah dijangkiti HIV, di mana berlaku pemindahan cecair badan seperti air mani, air mazi, bendalir faraj atau darah (termasuk darah haid) dari tubuh orang yang telah dijangkiti HIV itu ke tubuh orang yang lain.

6.2 Melalui darah yang telah dicemari dengan HIV, umpamanya melalui jarum suntikan yang tidak disteril, pemindahan darah dan organ-organ badan.

6.3 Melalui ibu yang telah dijangkiti HIV kepada anaknya semasa kehamilan, kelahiran atau memberi susu badan.

6.4 Pemindahan darah / organ

OLEH ITU…

HIV tidak akan berjangkit melalui sentuhan, bergaul, berkongsi makanan, tandas, peralatan, bersukan, berpelukan, ciuman dan apa sahaja selagi tidak melibatkan punca-punca di atas. Jadi kenapa anda takut dengan pembawa HIV?
(Sebenarnya setiap hari anda mungkin bergaul dan berkongsi peralatan makanan dengan pembawa HIV di masjid, tempat kerja, majlis-majlis perkahwinan, di kedai-kedai makan atau restoran)

7. Risiko jangkitan HIV melalui ibu kepada anak adalah sekitar 30% tetapi jika ibu tersebut mengambil HAART, risikonya hampir sifar kerana HAART mampu menekan virus sehingga lebih rendah daripada 50 copies.

8. Virus HIV adalah virus yang lemah cuma ianya sangat ‘tabah’ mempertahankan diri, menggandakan diri dan bersembunyi di tubuh pembawa HIV. Ianya jauh lebih lemah berbanding virus Influenza dan H1N1 yang boleh tersebar melalui udara. Pembawa HIV sepatutnya pandai memanipulasi dan belajar daripada ketabahan virus itu sendiri.

9. Sekitar 6% daripada darah yang digunakan di hospital adalah tercemar dengan pelbagai jenis virus manakala 2.5% daripadanya mengandungi HIV.

Dapatkan pandangan pakar sebelum anda menandatangani sebarang dokumen persetujuan pemindahan darah dilakukan terutama bagi pesakit yang mempunyai sistem imunisasi badan yang sedia rendah seperti pesakit diabetes dan kanser.

Risiko adalah pasti. Jika tidak, pihak hospital tidak akan meminta anda menandatangani sebarang dokumen untuk akur tentang risiko sebelum prosedur sesuatu pemindahan darah dilakukan.

Bagaimana ianya berlaku? Ianya berlaku apabila penderma mendermakan darah dalam tempoh window period (tempoh pengeraman) virus di dalam darah mereka dan jumlah virus masih di bawah 50 copies.

10. Jika anda golongan berisiko, menghidap hepatitis, HPV dan sebagainya, jangan sesekali menderma darah sebagai cara untuk mengetahui status kesihatan anda.

11. Masalah utama pembawa HIV dan masyarakat ialah kegagalan memahami HIV secara tepat. Akibatnya berlakulah judgmental, stigma dan diskriminasi. Sikap ini jauh lebih pantas membunuh pembawa HIV berbanding JO.

12. Kebanyakan anggota masyarakat tidak sedar bahawa di sebalik pembawa HIV yang mereka hukum dengan stigma dan diskriminasi itu, pasangan dan anak-anak mereka yang tidak bersalah turut mengalami tekanan yang cukup dahsyat akibat kekejaman yang tidak berperikemanusiaan ini.
Mereka dipulaukan, hilang punca pendapatan, keyakinan diri dan sebagainya akibat kedunguan yang tidak perlu.

13. Punca utama jangkitan HIV sekarang adalah melalui perhubungan seks termasuk di kalangan isteri pembawa HIV yang tidak mengetahui pasangan mereka mempunyai HIV. Bahkan jangkitan di kalangan surirumah lebih tinggi berbanding di kalangan pekerja seks!

Adilkah penderitaan mereka kita tambah tanpa rasa bersalah?

14. Lebih 70% pembawa HIV/AIDS di Malaysia adalah umat Islam tetapi masih sedikit golongan agama yang bersedia membantu pembawa HIV. Ujian terhadap pembawa HIV adalah ujian terhadap seluruh umat Islam untuk menilai sejauh mana kita membantu saudara seagama. Membantu mereka adalah tuntutan Fardhu Kifayah yang sering diabaikan.

15. Terdapat ramai pembawa HIV/AIDS yang perlukan bimbingan untuk bertaubat dan kembali ke pangkal jalan tetapi dipinggir dan keliru akibat sikap judgmental sesetengah golongan. Akibatnya ada yang gagal berubah daripada kehidupan silam. Mereka dihukum dengan sejarah yang tidak lagi mampu mereka ubah dan akibatnya ada yang mati di gereja!

16. Terdapat hampir 100 ribu orang pembawa HIV di Malaysia dan purata jangkitan setiap hari melebihi 10 orang merangkumi semua golongan anggota masyarakat sama ada pelajar IPT, penjawat awam, profesional, ilmuan, agamawan dan sebagainya.

 
Sumber: http://akuhivpositif.blogspot.com

Setelah sekian lama..

Hari ni aku rasa tergerak hati untuk update blog ni setelah sekian lama. Sedar tak sedar dah hampir setahun blog ni berhabuk.. Mungkin ada juga yang tertanya-tanya sama ada pemilik blog ini masih hidup atau tidak. Huhuhu!

Kini telah 2 tahun aku bergelar HIV positif, dan macam-macam yang telah aku lalui. Ya! Dah 2 tahun!! Aku rasa macam nak pegi jumpa balik doktor yang pernah merawat aku dulu, mengatakan bahawa aku cuma boleh hidup setahun dua. Aku akan jerit kuat-kuat depan muka dia, “Hello doktor! Aku masih hidup!”.

Aku ada juga menerima beberapa email dari mereka yang membaca entri blog ini, memberikan kata-kata semangat dan nasihat. Malah ada juga yang meminta untuk aku memberikan pandangan tentang situasi mereka. Ribuan terima kasih aku ucapkan!

Aku sedar bukan aku seorang sahaja yang menghadapi nasib seperti ini. Kepada mereka diluar sana, terutama yang senasib dengan aku, jangan putus asa! Hidup belum berakhir! Perjalanan masih jauh, and we are survivor! Keep it in mind; WE ARE SURVIVOR!!

Add me on facebook; http://facebook.com/hiv.poz

Entahlah

Baru-baru ini aku telah ke hospital sungai buloh bertemu doktor. Doktor memberitahu keputusan ujian darah aku yang terbaru, CD4 aku meningkat mendadak, dan kiraan viral load aku kurang dari 20 yang bermakna berada di tahap undetectable! Alhamdulillah.. aku benar-benar bersyukur padamu ya Allah. Terima kasih Allah.

Dalam tawa gembira, namun hati aku masih berkecamuk.. Entah mengapa masih sukar melupakan apa yang telah terjadi.. antara aku dan dia. Masih terlalu sukar untuk aku telan semuanya. Hari ini genap 3 bulan pemergiannya dan aku masih di sini berharap, menanti, berdoa agar dia kembali. Beberapa hari lepas adalah hari jadinya.. dan aku sedaya upaya mencari nombor telefon barunya, Alhamdulillah aku temui dari kakaknya. Belum pukul 12 tengah malam aku terus menghantar sms mengucapkan selamat hari jadi berharap aku menjadi orang pertama mengucapkan selamat harijadi padanya.. namun jawapannya ringkas.. “Tq”.. Seolah olah aku ini benar-benar asing baginya.. atau mungkin dia tak tau siapa pengirim sms itu? Tidak, sebab dihujung sms itu aku sertakan nama penuh aku siap dengan bin (LOL). Aku cuba menghubungi beberapa kali, namun langsung tidak di angkat.. terlalu hinakah diri ini untuk mendengar suaranya. Aku cuma ingin kau tahu aku benar-benar merinduimu! Ya, terlalu jauh kau buang aku dari hatimu.. namun aku tetap di sini, hatiku tidak pernah berubah..

Sejak pemergiannya, rokok menjadi teman setia aku. Aku kembali menjadi perokok tegar.. dan sekarang terlalu sukar untuk aku berhenti semula. Ada la juga beberapa orang untuk cuba mengetuk pintu hati ini..tapi hati ini terlalu keras membatu.. sukar untuk menerima.. maafkan aku kerana melukai… aku tidak layak untuk sesiapa..

Di ruang yang sempit ini…

Telah berlalu

Harap dan harapan

Dari pintu hati ke pintu hati yang kian terkunci

Oleh keluhan dan resah gelisah di ruang ini

Siapakah yang bias bicara pada tingkah rasa yang kian menghilang

Bersama kematian di ribaan puisi-puisi manis

Pada bunga-bunga yang kembangnya di kaki?

Tiada siapa yang berteman di sini

Telah kulihat betapa seorang lelaki pergi meninggalkan tangis kekasihnya

Namun, dia pergi juga

Pergi tanpa teman

Dan untuk kali yang entah ke berapa

Ruang ini berkabung sepanjang malam

Tangisan walau cuma dari kekasih dan ibu tua

Adalah tangisan jua

Tangisan yang mengiringi pemergian yang tetap perginya

Dan kira aku katakan tiap kematian di ruang ini

Adalah satu penipuan

Berdosakah aku pada pinta takdir

Atau pada mereka yang menentukannya

Bahwa kesesakan ini menuntut sebanyak pemergian yang serupa

Walau terlalu awal…

Lantas… kira bunga-bunga terus mekar di kaki

Siapakah yang bakal memetiknya

Kerana kalian di sini telah diragut segala kekuatannya

Dan.. bunga-bunga yang kembang adalah telah ditentukan untuk menular

Menular di kejauhan malam

Sebagai mimpi.. sebagai igau

Yang pasti mematikan mereka yang lesu dan bisu

Betapa aku saksikan bayang-bayang kematian

Semakin mengisi ruang yang sesempit ini

Untuk menemui mereka yang kian lama terbaring

Dalam keluhan dan resah gelisah

Tanpa rasa setia

Hadapi Dengan Senyuman

Salam,

Masa benar-benar cepat berlalu, sedar tak sedar kini sudah setahun lebih aku bergelar HIV positif. Hidup sebagai seorang HIV positif tidaklah seteruk yang di sangka. Mula-mula nak biasakan diri untuk makan ubat memang susah, setiap 12 jam kena telan 2 biji pil. Kata doktor, kalau selalu terlewat atau skip makan ubat, buruk akibatnya. Sebab ubat HIV yang ada sekarang cuma boleh buat virus tu tidur selama 12 jam. Jadi kalau selalu skip atau lewat makan ubat, lama-lama virus HIV akan jadi kebal dengan ubat tu, dan terpaksa pula tukar ubat lain. Dan aku bersyukur sangat-sangat ubat yang aku makan ni percuma sebab ubat ini adalah untuk pesakit HIV level pertama, kalau aku beli sendiri ubat ni aku tak rasa aku mampu beli. Jadi kalau selalu skip atau terlewat makan ubat dan doktor terpaksa tukar ubat lain, automatik akan jadi level ke dua. Dan waktu itu ubat bukan free lagi dah.

Kembali mengimbau masa yang telah berlalu.. selepas aku kembali ke Kuala Lumpur, setelah agak sekian lama aku tidak aktif dalam dunia maya. Tergerak hati aku untuk membuka akaun tagged, dan aku telah berkenalan dengan seseorang yang benar-benar memberi kesan dalam hidup aku. Kami bertukar nombor telefon, dan keesokan harinya juga dia mengajak aku berjumpa. Niat aku masa tu hanya untuk berkawan, tidak pernah terfikir untuk ada someone special. Sebab.. ya.. aku sedar siapa diri aku. Keesokan harinya kami berjumpa, aku menjemput dia di stesen LRT sekitar cheras. Aku benar-benar terlupa pada hari yang sama juga aku ada temujanji untuk berjumpa doktor di hospital sungai buloh. Dan dia tidak keberatan untuk menemani aku. Sepanjang menunggu giliran di hospital, kami berkenalan, berbual.. dan aku lihat dia memang tidak tahu apa-apa tentang klinik HIV tempat kami ber’dating’ tu. Ruang menunggu giliran klinik itu dipenuhi dengan pesakit yang sama seperti aku. Aku diamkan saja, bagi aku mungkin dia akan jumpa aku kali ni saja, lepas ni aku hantar dia balik confirm dia takkan contact aku lagi dah.

Selepas semuanya selesai, kami sama-sama keluar dari hospital sungai buloh, dan aku minta kebenaran untuk menghantar dia pulang. Tapi dia kata nak ikut aku balik rumah pulak, erk! Serba salah aku dibuatnya, tapi bila tengok muka dia.. ermm sweet juga, erk! Jatuh cinta pandang pertama! LOL. Mungkin kerana kesunyian, lantas aku turutkan saja kehendak dia. Sesampai di rumah, aku banyak berbual dengan dia mengenai HIV, bagaimana HIV boleh berjangkit, bagaimana HIV boleh dielakkan, kononnya nak bagi klu sikit lah kat dia. Tapi aneh, dia cuma mendengar dan mengangguk. Terdetik dalam hati aku, dia dah tau ke aku HIV positif? Atau dia pun sama juga HIV positif? Aku bawa dia dalam bilik, tunjukkan sebuah buku mengenai HIV yang aku dapat dari hospital sungai buloh. Tekun dia membaca buku itu, dan dia menambah mengenai penawar HIV telah dijumpai, iaitu tokek, sejenis spesis cicak. Aku diamkan saja. Dah lama aku tau pasal tu sebenarnya, cuma aku kurang percaya sebab bagi aku kalau betul penawar dah ditemui, aku yakin doktor sendiri akan bagitahu.

Tidak semena-mena dia menatap tajam mata aku, erm.. hampir-hampir runtuh iman dibuatnya, hahaha! Dan perkataan yang keluar dari mulut dia.. “Kita couple nak?” MasyaAllah… betul ke ni? Adoyai.. baru sehari kenal takkan dah ajak kapel kot? Dan automatik pulak aku menerima. Aduhh.. macam mana ni? Dalam keadaan macam ni aku masih nak kapel lagi? Macam mana kalau dia tau aku HIV positif? Confirm dia akan tinggalkan aku nanti.. Walaupun macam tu, perkara yang benar-benar buat aku tertarik dengan dia.. dia langsung tak menyentuh aku, dia cuma genggam erat tangan aku.

Hari ketiga aku bersama dia, aku ambil buku panduan HIV dan kononnya ingin membuat ‘pop kuiz’ bersama dia, soalan-soalan yang aku ajukan mengenai HIV kepada dia dijawab dengan pantas, hampir semua perkara mengenai HIV dia dah tau. Aku memberanikan diri, bagi aku lebih baik dia tahu awal-awal mengenai status diri aku, kalau lepas ni dia tinggalkan aku pun tak apa, sekurang-kurangnya aku taknak berahsia. Bila aku mengaku depan dia bahawa aku HIV positif, tiba-tiba aku menangis, aku tak tau kenapa. Mungkin sebab aku takut dia akan pergi tinggalkan aku. Dia juga benar-benar terkejut, dia hampir tidak percaya. Dan tiba-tiba dia pun menangis sama! Syahdu rasanya. Perlahan dia mengesat air mata aku, “Awak ingat kalau awak hiv positif saya akan tinggalkan awak ke?” soalan yang keluar dari mulut dia. Wajah dia tenang saja, sambil tersenyum dia berkata lagi.. “Saya akan jaga awak sampai bila-bila.”

Kehadiran dia dalam hidup aku benar-benar buat aku bahagia. Aku benar-benar bersyukur ada insan yang sihal walafiat sepertinya sanggup menerima orang seperti aku. Hari yang kami lalui bersama dirasakan terlalu indah, aku kembali lena dalam mimpi, kadang aku hampir terlupa tentang sakit aku. Dia mengubat segalanya, duka nestapa aku selama ini. Malah ketika aku mula-mula bertemu dia, aku masih lagi terkontang kanting cuba melupakan ex-bf yang telah meninggalkan aku. Tapi bila bersama dia, dia buat aku lupa segalanya. Ajaib!

Namun, benar hidup ini tak selalunya indah. Hidup umpama roda. Mimpi indah itu berakhir juga. 8 bulan bersamanya dirasakan terlalu singkat, walaupun berat hati ini untuk melihat dia melangkah pergi, tapi untuk kebahagiaan dia, aku terpaksa relakan segalanya. Maafkan aku. Maafkan aku sebab aku tidak sesempurna insan lain, maafkan aku sebab tidak mampu memberikan kesempurnaan dalam hidup kita. Maafkan aku…

Pemergian dia membuat aku sedar, cinta sesama manusia terlalu rapuh. Segala kenangan suka duka bersamanya akan sentiasa tersemat dalam jiwa ini, buat insan yang bernama “D”, terima kasih kerana pernah hadir untuk menyinari hidup aku. Aku akan sentiasa merindui senyuman yang pernah suatu ketika kau lakarkan untuk aku. Senyuman yang benar-benar indah yang pernah meruntun hati aku.

Dan kini sekali lagi aku teruskan langkah ku sendirian, apa pun yang telah berlaku, aku tidak akan menoleh lagi, hidup perlu diteruskan.

Apa yang ingin aku highlight kan dalam tajuk aku ni adalah sebuah lagu, karya asal Dewa 19, dinyanyikan semula oleh seorang pemuzik youtube Encik Mimpi. Suka dengar lagu ni, benar-benar menyentuh jiwa aku. Terima kasih ya Encik Mimpi, di sini aku sertakan lagu tersebut beserta lirik untuk sama-sama kita dengar dan hayati. 🙂

Encik Mimpi – Hadapi Dengan Senyuman

Hadapi dengan senyuman
Semua yang terjadi biar terjadi
Hadapi dengan tenang jiwa
Semua kan baik-baik saja

Bila ketetapan Tuhan
Sudah ditetapkan, tetaplah sudah
Tak ada yang bisa merubah
Dan takkan bisa berubah

Relakanlah saja ini
Bahwa semua yang terbaik
Terbaik untuk kita semua
Menyerahlah untuk menang

Give me those wings. Let me fly once again.

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hari ini buat pertama kalinya aku cuba untuk berblog. Tak pernah terlintas sebelum ni untuk menulis kerana aku bukanlah seorang penulis yang baik. Namun disini apa yang aku inginkan hanyalah untuk berkongsi pengalaman sepanjang aku bergelar hiv positif.

Ya, aku seorang hiv positif. Usia aku pada tahun ni telah mencecah 25 tahun, dan sudah setahun lebih aku mengetahui keadaan ini.

15 September 2010, merupakan titik permulaan bagi aku. Pada tarikh ini aku telah dimasukkan ke wad kerana jangkitan paru-paru. Waktu itu badan aku terasa amat lemah, berjalan pun aku rasa sukar, tercungap-cungap. Dalam hati aku dah terdetik, ada sesuatu yang tidak kena pada diri aku. Di dalam wad, doktor tanya macam-macam soalan.. Dan setiap soalan aku jawab dengan jujur. Aku teringat kata seorang rakan yang juga bakal seorang doktor, dalam hidup ni ada 2 orang yang kita jangan sesekali tipu, iaitu doktor dan peguam. Kalau tipu doktor, kemungkinan doktor boleh beri salah ubat, kalau tipu peguam pula berkemungkinan kita boleh disumbat ke dalam penjara. Salah satu soalan yang doktor ajukan.. “Ada girlfriend atau boyfriend?”. Aku menjawab ringkas, “Boyfriend”. Riak mata doktor itu selamba saja, mungkin dia sudah biasa dengan keadaan sebegitu. Melalui pemeriksaan X-Ray,  doktor memberitahu bahawa aku berkemungkinan dijangkiti sakit paru-paru yang bernama PCP, satu jangkitan yang hanya boleh berlaku kepada kanak-kanak dan mereka yang mempunyai daya ketahanan badan yang benar-benar lemah. Tompokan-tompokan putih pada paru-paru aku yang doktor tunjukkan melalui skrin x-ray menunjukkan paru-paru aku benar-benar dalam keadaan sangat teruk. Salah satu sebab juga kerana aku merupakan seorang perokok tegar. Jadi aku dinasihati untuk melakukan pemeriksaan HIV. Pada petang itu juga aku diambil darah, 6 botol kecil kalau tak silap, serta doktor meminta aku untuk menandatangani satu dokumen yang menyatakan aku setuju untuk menjalani pemeriksaan HIV.

Terlantar di hospital, doktor memberi sejenis ubat yang dipanggil Bectrim, entah betul ke tak aku eja ni. Sejenis ubat untuk mengubati jangkitan paru-paru. Juga aku diberi anti-biotik yang dimasukkan ke dalam salur darah setiap 6 jam. Hari yang ke 4 di hospital, keputusan pemeriksaan HIV pun keluar, dan aku disahkan positif. Waktu itu dirasakan dunia terlalu gelap, sukar untuk aku membayangkan semula perasaan aku ketika itu. Aku mengambil telefon bimbit dan terus menghubungi boyfriend aku pada ketika itu yang berada di KL, menceritakan dia perkara tersebut. Dia terdiam sejenak, mungkin memikirkan nasibnya yang berkemungkinan juga positif. Jadi aku nasihatkan dia untuk segera membuat saringan HIV. Untuk menyedapkan hati, aku memohon pada doktor untuk membuat pemeriksaan HIV sekali lagi, berharap keputusan itu silap. Namun sehingga kali ke 3 aku membuat pemeriksaan, keputusan tetap sama. Setelah itu aku diambil darah lagi untuk mendapatkan kiraan CD4 dan viral count. Kepada sesiapa yang tidak tahu, CD4 itu merupakan satu istilah saintifik untuk antibodi badan. Kiraan CD4 menentukan tahap keterukan seorang pesakit HIV, viral count pula adalah kiraan virus HIV dalam darah. Kiraan CD4 bagi orang yang sihat adalah lebih dari 500, dan aku benar-benar terkejut, CD4 aku cuma 2!! Bukan 20 atau 200 tapi 2…!! Aku benar-benar hilang semangat, apa yang aku fikirkan waktu itu hanyalah ajal yang akan datang menjemput. Sehinggakan aku meminta pada doktor untuk keluar dari wad dan menunggu saat kematian bersama keluarga (LOL). Tapi Alhamdulillah setelah diberi kaunseling dan penerangan mengenai HIV, akhirnya aku faham apa itu HIV. Sebelum ini aku cuma fikir, kalau dapat HIV tentu akan mati. Tapi sebenarnya ajal maut di tangan tuhan. Itu yang aku pegang sampai ke hari ini.

Beberapa hari berikutnya aku dihubungi boyfriend aku untuk memberitahu keputusan saringan HIVnya. Alhamdulillah dia negatif, aku benar-benar bersyukur. Kemudian, aku terfikir.. dari mana aku dapat sakit ini?? Aku bukanlah seorang yang aktif bertukar-tukar pasangan.. jauh sekali dadah.. aku tidak pernah sentuh dalam hidup aku. Dan aku cuba menghubungi ex-boyfriend aku yang merupakan boyfriend pertama.. cinta pertama dalam hidup aku.. Perlahan aku menceritakan pada dia, dia benar-benar terkejut. Dua hari berikutnya aku dihubunginya semula, dengan nada sebak dia memberitahu aku dia baru saja dapat keputusan saringan HIV.. dan dia POSITIF! Astaghfirullah… dan waktu itu aku pula yang terdiam, kelu lidah aku untuk berbicara.. Apa yang aku dengar cuma esakan tangisnya yang benar-benar meruntun jiwa aku. Aku tidak pasti sama ada dia yang menjangkiti aku atau aku yang menjangkiti dia, kerana sebelum kami bersama selama hampir 2 tahun, kami punya sejarah hidup masing-masing.. Tapi.. kenapa boyfriend aku negatif? Itu yang aku cuba dapatkan jawapan, aku ajukan soalan tersebut pada doktor. Aku masih ingat doktor yang sedang memeriksa aku pada waktu itu, pada kad hospitalnya tertera nombor kad pengenalan “8505XX-XX-XXXX”. Cuma setahun lebih tua umurnya dari aku. Doktor itu menerangkan bahawa jangkitan HIV berbeza pada setiap individu, bergantung pada ketahanan tubuh seseorang. Ada yang mengambil masa 30 hari untuk virus tersebut menjadi aktif dalam tubuh, ada juga yang mengambil masa selama 3 bulan, 6 bulan, setahun. Malah dalam sesetengah kes ada yang mengambil masa sehingga berpuluh tahun. Aku tidak pasti akan jawapan doktor tersebut, apa yang aku mampu lakukan pada masa itu hanyalah berdoa agar boyfriend aku terhindar dari menanggung apa yang sedang aku tanggung.

Hari ke 21 aku di wad, setelah melihat keadaan aku yang beransur baik, doktor menasihatkan aku untuk memulakan pengambilan ubat hiv yang dinamakan HAART (Highly Active Antiretroviral Therapy). Ahli farmasi menerangkan segala kesan-kesan sampingan yang mungkin aku akan alami setelah mengambil ubat tersebut. Dan pengambilan ubat HAART ini adalah KONTRAK SEUMUR HIDUP! Perlu dimakan tepat setiap 12 jam, dan tidak boleh skip langsung!

Aku menarik nafas dalam-dalam, terkenang masa silam yang tidak mungkin akan terulang, menyesali apa yang telah berlaku, tidak semena-mena terbayang wajah ibu.. Air mata aku deras mengalir.. Maafkan anakmu ini ibu.. Ampunkan saya ayah..

Genap sebulan di hospital, akhirnya aku dibenarkan doktor untuk keluar. Umpama banduan yang baru lepas dari penjara, perlahan aku melangkah menghampiri abang aku yang menjemput di luar hospital. Sehingga kini keluarga aku langsung tidak tahu akan keadaan sebenar aku, apa yang mereka tahu aku cuma dijangkiti sakit paru-paru. Walaupun aku rasa tubuh badan aku dah sihat, langkahku masih terasa lemah.. Doktor memberikan aku cuti tambahan 3 minggu untuk berehat di rumah. Aku habiskan cuti tersebut bersama keluarga, hanya keluarga aku sahaja yang dapat menghiburkan aku, menggembirakan aku..

Sepanjang di hospital, boyfriend aku tidak pernah datang menjenguk, aku faham keadaan dia sebagai seorang student, aku tak kisah.. Namun aku benar-benar rindukan dia.. Setelah habis cuti 3 minggu, aku pulang ke Kuala Lumpur. Berharap untuk mendapatkan secebis kekuatan untuk meneruskan hidup sebagai seorang HIV positif. Aku kembali bekerja.. bertemu dengan seorang yang aku benar-benar rindukan.. namun segalanya berubah, dia telah bersama dengan orang lain. Semangat aku kembali luluh.. ditinggalkan kekasih..aku tidak salahkan dia.. aku faham.. tidak mungkin ada orang inginkan kekasih seorang HIV positif.. Aku membuat keputusan drastik, aku memberi notis berhenti 24 jam kepada bos aku dan pulang ke pangkuan keluarga di kampung. Pada waktu itu, hanya mereka yang boleh mengubat duka aku, hanya pada mereka aku boleh mengadu, hanya merekalah yang boleh buat aku tersenyum ketawa.

3 bulan bersama keluarga, aku cuba pulihkan semangat aku sendiri. Bekerja di salah sebuah hotel di kampung aku sebagai receptionist. Aku cuba bangkit. Kemudian pada satu hari, ibu aku mula mempersoalkan tentang kawin. Aduhh.. macam mana untuk aku berkahwin? seorang hiv positif hendak berkahwin? Malah ibu aku sudah punya pilihannya sendiri untuk dijodohkan dengan aku. Aku buntu, untuk berkahwin perlu menjalani saringan HIV. Mahukah bakal isteri aku itu menerima aku? Silap hari bulan, bukan saja ditolak, malah berkemungkinan dia akan menghebohkan perkara tersebut pada keluarga aku. Dan bagaimana aku akan menjelaskan segalanya pada keluarga aku nanti? Anak mereka seorang gay boy, juga seorang HIV positif. Aku tidak mampu untuk berdepan dengan wajah kekecewaan ibu dan ayah aku nanti.. Bagi aku.. tidak mungkin aku akan berkahwin.. tidak mungkin ada orang akan menerima aku..  Dan jauh sekali untuk aku menyebarkan sakit ini pada orang lain. Tidak sama sekali. Biarlah aku tanggung segalanya sendirian.

Aku cuba mengelak untuk berbicara tentang kawin dengan ibu aku, dan sekali lagi aku mengambil keputusan drastik. Berhenti kerja, dan kembali ke Kuala Lumpur. Aku sendiri tidak tahu apa yang aku buat masa tu. Aku menghubungi bos tempat kerja lama aku, syukur aku diterima kembali bekerja. Bermulalah semula kehidupan aku di kota Kuala Lumpur..

Sehingga kini, hanya beberapa orang sahaja yang tahu aku adalah HIV positif. Dan aku cuba untuk merahsiakan dari semua orang. Bila makan ubat di ofis, aku menyorok di tangga. Takut ada orang mempersoalkan ubat apa yang aku makan. Alhamdulillah, setakat ini tahap kesihatan aku stabil. Aku cuba amalkan gaya hidup sihat, elakkan rokok. Tapi kadang-kadang kantoi juga merokok, tabiat yang benar-benar susah nak buang.

Apa pun, selagi kaki ini masih mampu untuk melangkah, hidup ini akan aku teruskan. Segalanya adalah ketentuan Allah. Dan aku bersyukur masih bernafas sehingga hari ini.